Saturday, 20 December 2014

MENUKAR ALIRAN SAINS TULEN KEPADA SASTERA

LET THE STORY BEGIN..

Pengalaman aku memberanikan diri menukar aliran yang cukup popular pada zaman metropolitan ini yakni aliran SAINS TULEN ataupun PURE SCIENCE kepada aliran yang kini semakin dipandang rendah iaitu aliran SASTERA bermula pada  tanggal 9 March 2013. Pada hari tersebut aku berjumpa dengan guru kelasku  untuk berbincang tentang keputusanku untuk menukar aliran. cikguku menanyakn alasan aku untuk menukar aliran. aku memberi macam2 alasan seperti berikut:-
1. LEMAH DALAM SUBJEK ADDMATH/ X BOLEH BAWAK SUBJEK NI
2. TAK SUKA SUBJEK FIZIK N KIMIA
3. TAK MINAT DGN ALIRAN SAINS
4. BIMBANG X DAPAT MENGUASAI SUBJEK SAINS
N SO ON

Setelah beberapa jam kami berbincang, cikgu meminta aku untuk berjumpa dengan pengetua sekolah untuk meminta kebenaran menukar aliran. guru kelasku sudah kasi green light untuk menukar aliran. tanpa membuang masa aku terus pergi ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan pengetua. aku masuk ke pejabat...

Aku: assalamualaikum cikgu,
Pengetua: waalaikumussalam, haa duduk2. ade ape dtg jumpa sy ni?
Aku: cikgu, saya dah brbincang dgn parents sy and i decided utk tukar aliran.
Pengetua: owwhh, okey kalau mcm tu bagi no phone ayah atau mak awak
Aku: 019-*******
Pengetua: (berbincang dgn ayah aku)

X lame kemudian...

Pengetua: memandangkn ayah awak pun dah beri kebenaran, saya pun tiada masalah. kalau mcm tu                    awk boleh pindah kelas start 18 March 2013 lepas cuti nanti.
Aku: terima kasih cikgu.

Pada 18 March 2013, aku datang sekolah seawal jam 7 pagi. tanpa membuang masa aku terus pergi ke kelas dan mengemas semua buku ku dibawah meja. setelah settle semuanya aku mula menuju ke kelas sastera. aku mintak tlg ketua kelas sastera menyediakn meja dan kerusi untukku. aku bersyukur kerana telah selamat berpindah ke kelas sastera. Bermula pada hari itulah aku menghadapi macam2 dugaan yang telah mencabar tahap kesabaranku. 

Sejak aku menukar aliran aku mendapat tentangan yang cukup dahsyat dari kalangan guru disekolahku. ramai cikgu datang berjumpa dengan aku untuk berbincang. mereka mempersoalkn tindakan aku menukar aliran. hal ini kerana keputusan PMR aku mmg melayakkn aku untuk berada didalam aliran sains tulen. Math aku dapat B dan sains aku dapat A. cikgu menaruh harapan yg tinggi kepadaku untuk membanggakan sekolah. tapi aku telah menghancurkn harapan sekolah. sejak aku menukar aliran ada segelintir cikgu yang mula menunjukkan bencinya terhadap aku. ade sorang cikgu tu aku senyum kat die tapi senyumanku dibalas dengan muka yang masam. ade lagi satu cikgu ni, salam aku pun die taknak balas. dulu okey je tapi lepas aku tukar aliran segalanya berubah. x cukup dengan itu, ade cikgu lain yang memburuk burukkan kelasku x kira pada waktu perhimpunan mahupun waktu mesyuarat. kelas paling kotor, paling bising, pelajar kurang adab, pelajar tipu cikgu x kira apapun yg negatif mesti kelasku menjadi mangsa tomahan. bayangkan kami sekelas dituduh mempermainkan cikgu baru disekolah kami. kami dikatakan manusia yang bangsat. bayangkan perasaan kami setelah dituduh tanpa bukti kukuh. pedih gile hati aku waktu tu. aku lalui hidupku dengan penuh kesabaran.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan...aku mula menunjukkan prestasi yang baik dalam setiap peperiksaan. aku telah membanggakan semua pelajar sastera. aku telah berjaya menduduki tempat pertama dalam tingkatan sekaligus menewaskan semua pelajar aliran sains. tempat kedua juga disandangi oleh pelajar sastera iaitu sahabat karibku. walaupun x banyak A yang aku dapat namun disebabkn tiada subjek yang aku gagal menyebabkn aku berjaya menduduki tempat pertama setiap kali peperiksaan. kini, pihak sekolah sekali lagi menaruh harapan yang tinggi kepadaku untuk mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik. aku dipilih sebagai calon straight A untuk SPM 2014. dalam seramai 56 calon SPM di sekolah kami, hanya aku seorang terpilih sebagai pelajar target untuk SPM 2014.

Aku baru je habis exam 2Dec lepas dan sekarang masih menunggu result  yang akan keluar pada 3 March 2015 nanti. aku dah buat yang terbaik walaupun soalan tahun ini kebanyakannya KBAT. aku berjanji untuk tidak menghampakan pihak sekolah. Insyaallah aku akan dapat result yang cemerlang nanti. Aminn Ya Rabbal Alamin.

Pesanan aku untuk adik2 yang masih keliru untuk memilih aliran (bagi pelajar sains tulen), lihat kemampuan diri. kalau rasa mampu nak bawak subjek sains tu teruskan berada dalam aliran sains. tapi kalau rasa was was, buat solat istikharah, bincang dgn parents, kaunselor sekolah, kawan2, bincang elok2, minta pendapat diorang. bnde ni bukan boleh dibuat main tau. ini soal masa depan. kalau rasa nak masuk sastera, silakan dan buktikan pada sekolah yang anda mampu mengharumkn nama sekolah. okey, thats all for this entry, Assalamualaikum.

NEW UPDATE!!

Harini 6 march 2015 kan?? so mesti result spm 2014 dah kluar kan?? haha yup result dah kluar 3 march lepas. N, cer teka result aku..hahaha setelah pelbagai dugaan yg aku dapat ketika belajar dahulu...dan resultnye adalahh...6A 2B 1C. see?? jangan pandang rendah kat budak sastera mcm aku nih. janji aku untuk tidak hampakan harapan sekolah telah pun aku tunaikan. Alhamdulillah. Allah sentiasa bersama org yg brsabar.



Friday, 12 December 2014

DIGANGGU HANTU

Okey, entry kali ni aku nak story pasal hantu pulak. aku ni mmg dah bnyk kali kne kacau dgn bnde2 mcm ni. tp kne kacau gitu2 jela..xde la smpai bnde tu mnjelmakn diri dpan mate aku. bukan aku sorang bahkn satu famly aku prnah kne kcau.

Tersebutlah kisaaahh...

Citer die mcm ni, pada suatu malam dikala aku sdg asyik brmain game dlm bilik..tiba2 ayahku mngetuk pintu bilikku dan memanggil aku utk mngikutnya. aku still trtanya tanya apa yg brlaku. ayahku mnuju ke beranda belakang dimana beranda tu mnghadap kearah hutan yg sunyi. aku segera mngekorinya. setibanya kami smpai di beranda..ayahku brkata 'cuba dgr betul2'...aku mula brdebar2. tiba tiba!!..satu jeritan seakan akan jeritan wanita yg nyaring dan kuat muncul dari arah hutan itu. bunyi tu lebih kurang mcm ni 'hiiiiiieeeeee' dlm nada yg kuat dan nyaring. bnyk kali lah jugak aku dgr mnde tu mase tu. lepas je aku dgr...kaki dan tangan aku mula menggeletar x tentu pasal. bulu roma mula meremang. aku terus brlari kearah ruang tamu meninggalkn ayahku brsndirian di beranda. aku cuba menenangkn diri di ruang tamu. kat ruang tamu tu ade ibu dan adikku. setelah diriku kembali tenang, aku mnceritakn apa yg telah aku dengari sebentar tadi dan mengajak ibu dan adikku ke beranda. kami sekeluarga brkumpul di beranda. x lama kemudian, suara trsebut muncul lagi. maka brlakulah dialog sperti berikut..

IBU: haa!! bunyi ni la yg ibu dgr tadi. ibu dgr wktu tgh basuh pinggan tadi
AKU: haa?? yeke? ibu rase tu bunyi ape??
IBU: entah..ibu pun x tahu. dari tadi lg ibu dgr. x brhenti2. hmm bunyi ape tu bang??
AYAH: haishhh jgn ditegur..biarkn aje

Setelah beberapa ketika kami sekeluarga kembali smula ke ruang tamu. tidak lama kemudian kami trdengar bunyi mcm ade org main baling pasir kat atas bumbung rumah kami. baru je aku nak mnjenguk keluar...ibu terus mnghalang aku. ibu bimbang jika brlaku sesuatu yg x diingini nanti. aku akur dgn arahan ibu.

Perkara ini masih mnjadi tanda tanya. siapa yg mnjerit diwaktu malam dlm hutan?? siapa yg baling pasir diatas bumbung rumah aku?? siapa?? wallahua'lam. 

Beberapa hari kemudian aku mndapat sebuah berita yg mngejutkn. salah seorang rakanku telah trserempak dgn satu makhluk dibwh pohon pisang tidak jauh dari rumahku. makhluk itu berambut panjang, kainnya lusuh dan brwarna coklat tanah dan sedang melambai lambai kearah rakanku itu. kini aku sudah mndapat jawapan kpd prsoalanku tadi. mmg aku dah agak dah dari awal lagi. haha sejak hari tu aku ni jadi mcm penakot la sikit. tapi x lama. seminggu je. okey thats all for this entry. sekian..