Saturday, 20 December 2014

MENUKAR ALIRAN SAINS TULEN KEPADA SASTERA

LET THE STORY BEGIN..

Pengalaman aku memberanikan diri menukar aliran yang cukup popular pada zaman metropolitan ini yakni aliran SAINS TULEN ataupun PURE SCIENCE kepada aliran yang kini semakin dipandang rendah iaitu aliran SASTERA bermula pada  tanggal 9 March 2013. Pada hari tersebut aku berjumpa dengan guru kelasku  untuk berbincang tentang keputusanku untuk menukar aliran. cikguku menanyakn alasan aku untuk menukar aliran. aku memberi macam2 alasan seperti berikut:-
1. LEMAH DALAM SUBJEK ADDMATH/ X BOLEH BAWAK SUBJEK NI
2. TAK SUKA SUBJEK FIZIK N KIMIA
3. TAK MINAT DGN ALIRAN SAINS
4. BIMBANG X DAPAT MENGUASAI SUBJEK SAINS
N SO ON

Setelah beberapa jam kami berbincang, cikgu meminta aku untuk berjumpa dengan pengetua sekolah untuk meminta kebenaran menukar aliran. guru kelasku sudah kasi green light untuk menukar aliran. tanpa membuang masa aku terus pergi ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan pengetua. aku masuk ke pejabat...

Aku: assalamualaikum cikgu,
Pengetua: waalaikumussalam, haa duduk2. ade ape dtg jumpa sy ni?
Aku: cikgu, saya dah brbincang dgn parents sy and i decided utk tukar aliran.
Pengetua: owwhh, okey kalau mcm tu bagi no phone ayah atau mak awak
Aku: 019-*******
Pengetua: (berbincang dgn ayah aku)

X lame kemudian...

Pengetua: memandangkn ayah awak pun dah beri kebenaran, saya pun tiada masalah. kalau mcm tu                    awk boleh pindah kelas start 18 March 2013 lepas cuti nanti.
Aku: terima kasih cikgu.

Pada 18 March 2013, aku datang sekolah seawal jam 7 pagi. tanpa membuang masa aku terus pergi ke kelas dan mengemas semua buku ku dibawah meja. setelah settle semuanya aku mula menuju ke kelas sastera. aku mintak tlg ketua kelas sastera menyediakn meja dan kerusi untukku. aku bersyukur kerana telah selamat berpindah ke kelas sastera. Bermula pada hari itulah aku menghadapi macam2 dugaan yang telah mencabar tahap kesabaranku. 

Sejak aku menukar aliran aku mendapat tentangan yang cukup dahsyat dari kalangan guru disekolahku. ramai cikgu datang berjumpa dengan aku untuk berbincang. mereka mempersoalkn tindakan aku menukar aliran. hal ini kerana keputusan PMR aku mmg melayakkn aku untuk berada didalam aliran sains tulen. Math aku dapat B dan sains aku dapat A. cikgu menaruh harapan yg tinggi kepadaku untuk membanggakan sekolah. tapi aku telah menghancurkn harapan sekolah. sejak aku menukar aliran ada segelintir cikgu yang mula menunjukkan bencinya terhadap aku. ade sorang cikgu tu aku senyum kat die tapi senyumanku dibalas dengan muka yang masam. ade lagi satu cikgu ni, salam aku pun die taknak balas. dulu okey je tapi lepas aku tukar aliran segalanya berubah. x cukup dengan itu, ade cikgu lain yang memburuk burukkan kelasku x kira pada waktu perhimpunan mahupun waktu mesyuarat. kelas paling kotor, paling bising, pelajar kurang adab, pelajar tipu cikgu x kira apapun yg negatif mesti kelasku menjadi mangsa tomahan. bayangkan kami sekelas dituduh mempermainkan cikgu baru disekolah kami. kami dikatakan manusia yang bangsat. bayangkan perasaan kami setelah dituduh tanpa bukti kukuh. pedih gile hati aku waktu tu. aku lalui hidupku dengan penuh kesabaran.

Hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan...aku mula menunjukkan prestasi yang baik dalam setiap peperiksaan. aku telah membanggakan semua pelajar sastera. aku telah berjaya menduduki tempat pertama dalam tingkatan sekaligus menewaskan semua pelajar aliran sains. tempat kedua juga disandangi oleh pelajar sastera iaitu sahabat karibku. walaupun x banyak A yang aku dapat namun disebabkn tiada subjek yang aku gagal menyebabkn aku berjaya menduduki tempat pertama setiap kali peperiksaan. kini, pihak sekolah sekali lagi menaruh harapan yang tinggi kepadaku untuk mengharumkan nama sekolah dalam bidang akademik. aku dipilih sebagai calon straight A untuk SPM 2014. dalam seramai 56 calon SPM di sekolah kami, hanya aku seorang terpilih sebagai pelajar target untuk SPM 2014.

Aku baru je habis exam 2Dec lepas dan sekarang masih menunggu result  yang akan keluar pada 3 March 2015 nanti. aku dah buat yang terbaik walaupun soalan tahun ini kebanyakannya KBAT. aku berjanji untuk tidak menghampakan pihak sekolah. Insyaallah aku akan dapat result yang cemerlang nanti. Aminn Ya Rabbal Alamin.

Pesanan aku untuk adik2 yang masih keliru untuk memilih aliran (bagi pelajar sains tulen), lihat kemampuan diri. kalau rasa mampu nak bawak subjek sains tu teruskan berada dalam aliran sains. tapi kalau rasa was was, buat solat istikharah, bincang dgn parents, kaunselor sekolah, kawan2, bincang elok2, minta pendapat diorang. bnde ni bukan boleh dibuat main tau. ini soal masa depan. kalau rasa nak masuk sastera, silakan dan buktikan pada sekolah yang anda mampu mengharumkn nama sekolah. okey, thats all for this entry, Assalamualaikum.

NEW UPDATE!!

Harini 6 march 2015 kan?? so mesti result spm 2014 dah kluar kan?? haha yup result dah kluar 3 march lepas. N, cer teka result aku..hahaha setelah pelbagai dugaan yg aku dapat ketika belajar dahulu...dan resultnye adalahh...6A 2B 1C. see?? jangan pandang rendah kat budak sastera mcm aku nih. janji aku untuk tidak hampakan harapan sekolah telah pun aku tunaikan. Alhamdulillah. Allah sentiasa bersama org yg brsabar.



17 comments:

  1. Skang dah keje ke.... Saye pon tgh keliru sbb saye dpt aliran sains tulen tapi saya rse mcm x boleh bawak subjek die tu.... Peningg dibuatnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yess, cikgu saya pun ckp mcm tu,last² dia pilih jadi guru maths

      Delete
  2. Saya aliran pure science, tapi nk tukar sub science sbb saya minat account,wlaupun result saya memang layak untuk kelas pure science,saya still nak tukar sebab minat
    Dan lagi satu,cikgu matematik saya ckp dulu dia ambil aliran pure science tapi dia tak sepandai kawan² yg lain.. last² jadilah beliau seorang guru matematik.. cikgu kata,kalau dia ambil aliran sub science,mungkin dia berpeluang untuk dapat pekerjaan yg lebih bagus (berdasarkan level pembelajaran dia)
    So ntah la apa saya merepek ni sy pun confuse nak ambik aliran mana😥

    ReplyDelete
  3. agak2 sesuai tak untuk tukar dr science stream kpd art stream waktu hujung thn nnti..sy dh periksa pertengahan thn pun gagal bio..awl thn pun E je..fizik kimia dpt la C+..sy nk tukar tp mcm2 sy fikir..takut x blh bwk,takut xde kwn yg blh bantu byk lg la:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rasa macam awak tau :’) , nak tukar kelas account tapi entahla . Dah bincang dengan parents tapi boleh nampak air muka diorang macam nak sangat saya duduk kelas sains tapi saya tak boleh go dengan kelas sains ni , teruk juga la result . Hm

      Delete
    2. Akhirnya Apa jadi Kak...saya pon dari Sains Stream nak tukar Aliran tapi lagi 5 bulan je nak habes f4 Haha..Susah nak bawak Sains stream...Sebahagian kata Sambung Sains stream sebab dah ada asas..sebahagian lagi kata ikutlah diri :) tak

      Delete
    3. Jadi sekarng apa keputusan awak, masih kelas sains atau dh tukar?

      Delete
  4. agak2 sesuai tak untuk tukar dr science stream kpd art stream waktu hujung thn nnti..sy dh periksa pertengahan thn pun gagal bio..awl thn pun E je..fizik kimia dpt la C+..sy nk tukar tp mcm2 sy fikir..takut x blh bwk,takut xde kwn yg blh bantu byk lg la:(

    ReplyDelete
  5. Saya sekarang f4 dan berada di aliran sains. Ada rasa nak pergi sastera akaun sbb mmg tak minat sains dgn addmath semua. Cita ii nak jadi cikgu. Tapi tahla tak tau nak tanya pendapat mcmne, takut tukar aliran sbb takda kawan nak study sama. Maklumlah diorg ni dikara pembakar semangat jugak

    ReplyDelete
  6. Saya f4 tahun ni,nak tukar sastera tapi pengetua Tak bagi. Ibu bapa saya dah jumpa pengetua tapi dia tetap Tak bagi.semangat belajar saya hilang sebab stress Tak minat dengan aliran science stream ni😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then apa jadi kak/abg ? Saya pon tgh dilema lah ni lagi 5 bulan nak habes f4 tapi Aliran pon masih takde haluan...sekarang duduk kelas sains stream tapi nampak macam takleh bawak sains stream...Nak pindah aliran Tasawwur...Tapi yelah banyak sangat pandangan orang..ade yg suka..ade yang tidak...Last last stress panjang..Patut ke saya tukar Aliran

      Delete
  7. Doakan saya jumpa dengan pengetua esok untuk berbincang tukar aliran dari aliran sains ke aliran reka cipta! Saya berharap sangat dapat tukar, sebab saya tak minat sains, addmath. Saya berharap untuk masuk ke KV ambil bidang seni reka fesyen sebab saya minat. Saya lebih suka untuk berkreativiti, membuat sesuatu, mencipta sesuatu. It's fun though. Belajar benda yang kita minat tak buat kita stress! Saya akan update soon >_o

    ReplyDelete
  8. saya form 5 , agaknye sempat lagi tak saya nak tukar aliran sains ke sastera , saya pun tak mampu nak bawak subjek ni

    ReplyDelete
  9. Saya form 4 tahun ni. Result math form 3 saya sangatlah teruk. Dapat 14% je. Tapi sejarah, bm tu smua bagus. Saya bercadang nak masuk aliran seni. Tapi dapat aliran sains. Saya tengah buntu dan tertekan sebab takut tak boleh bawak addmath, fizik, kimia, sk. Saya rasa tak layak berada dlm kelas tu. Patut ke saya tukar aliran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa jadi dgn Abg/akak sekarang ? Saya pon tengah dilema duduk dekat kelas sains Stream nak pindah Aliran..sbb tak boleh bawak elektif Bio,Fiz,Kim,Admath...Nak pindah Aliran Tasawwur Islam..Lagi 5 bulan je nak habis f4..Patut ker saya tukar Aliran ?

      Delete
  10. f 5 boleh ke tukar aliran ?

    ReplyDelete