1. Sungkei = berbuka puasa/iftar
2. Kenak = kenapa
3. Tunggah = panggil/gelar
4. Diboh = dibawah
5. Lekak = lepas/selepas
6. Mun = kalau
7. Manas = marah
8. Belon = kapal terbang
9. Polah/Molah = buat
10. Sik = tidak
11. Kamek = saya
12. Kitak = awak
13. Nya = dia
14. Gerek = cinta
15. Sikboh/iboh = jangan
16. Kelak = nanti
17. Angol = bosan
18. Pusak = kucing
19. Miak = anak
20. Diam = duduk
Menggunakan perkataan2 diatas, sila buat satu ayat bagi setiap perkataan meningkatkan kefahaman anda. Sudah?? kalau dah kita sambung lagi..
21. Lawa = sombong
22. Gilak = sangat
23. Kinektok = sekarang
24. Maok = mahu
25. Agik = lagi
26. Kelayi = begaduh
27. Madah/Padah = bagitahu
28. Nangga = tengok
29. Asuk = anjing
30. Nang = memang
31. Aek = air
32. Ya = itu
33. Ini = tok
34. Sia = situ
35. Sitok = sini
36. Sinun = sana
37. Taok = tahu
38. Udah = sudah
39. Lejuk = jemu
40. Tukuk = ketuk
Bahasa melayu sarawak lebih kurang sama sahaja dengan bahasa melayu semenanjung. Cuma ada sedikit perbezaan. Suka bahasa Sarawak?? FYI, setiap kaum disarawak menggunakan bahasa yang bebeza. So, banyak lagi yang kita x tahu. Bahasa Kedayan, Iban, Melanau dan lain2. Entry kali ni aku kasi 50 perkataan je dulu ye..nanti akan ditambah dari semasa ke semasa. okeh, sambung lagi..
41. Ngerepak = berleter
42. Ngereco = bercakap x tentu arah
43. Menyin menyin = berkilat kilat
44. Kedak = macam
45. Mutit = kutip
46. Cangkir = cawan
47. Tapak = pinggan
48. Manok = ayam
49. Kepak = penat
50. Nekik = panjat
Semoga anda cepat belajar dan cepat faham apa yang diajar. Sebenarnya, aku bukanlah seorang Sarawakian tapi ada sesuatu or seseorang yang buat aku nak belajar bahasa sarawak ni. That all for this entry. Thank You. Muaaahhh..huhu
No comments:
Post a Comment