Thursday, 12 February 2015

NIK AZIZ NIK MAT MENINGGAL DUNIA

Sebentar tadi telah dikhabarkan satu berita menyedihkan dimana Ulama' terkemuka tanah air, Dato Nik Abdul Aziz telah kembali ke rahmatullah kira kira jam 9:40 malam tadi. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Pulau Melaka, Kelantan. Berita ini disahkan oleh keluarga allahyarham sebentar tadi. Dikhabarkan allahyarham telah dibawa pulang dari hospital ke rumahnya pada jam 8:40 malam dan disahkan mmeninggal dunia pada jam 9:40 malam.

Allahyarham telah dimasukkan ke hospital pada 19 Jan lalu apabila kesihatannya semakin merosot kerana menghidap kanser prostat. Al fatihah..

                                Nik Abdul Aziz 10 Jan 1931 - 12 Feb 2015

No comments:

Post a Comment